top of page

Selamat Datang!

Kunjungi kami
HoneyVets Cat Clinic adalah sebuah klinik haiwan yang ditubuhkan, dan didedikasikan kepada pencinta kucing dan pemilik kucing. 
 

Kami adalah sebuah klinik haiwan yang dimiliki oleh dua Doktor Veterinar, yang begitu passion dalam bidang kesihatan kucing kesayangan yang terletak di Bandar Baru Bangi.

 

Dengan itu, Klinik Veterinar Honey ini adalah tempat di mana pemilik kucing, khususnya di kawasan Bandar Baru Bangi boleh mendapatkan khidmat nasihat tentang kesihatan serta juga rawatan untuk kucing mereka, dari Doktor Veterinar yang bertauliah dan berdedikasi.

 

Sejak penubuhan kami pada tahun 2010, kami mempunyai wawasan untuk memberikan yang terbaik buat klien dan pesakit kami.

 

Kami berazam untuk membantu pemilik kucing yang gusar dan bimbang akan status kesihatan kucing kesayangan mereka, supaya kembali tenang dan ceria selepas menerima konsultasi daripada kami berkenaan kesihatan kucing mereka.

 

Dari hanya sebuah klinik haiwan yang menawarkan perkhidmatan rutin terhad seperti pemeriksaan kesihatan, vaksinasi dan pembedahan pemandulan, kini kami kian berkembang untuk menawarkan perkhidmatan terbaik.

 

Kami kini dilengkapi fasiliti seperti makmal kecil untuk analisa darah, mesin terapi laser, rawatan intensif bagi pesakit tenat dan memerlukan rawatan agresif, contohnya pemindahan darah, saringan kesihatan status jangkitan virus serta yang terbaru adalah terapi stem cell.

 

Selain itu, kami juga menyediakan perkhidmatan perapian kucing ataupun cat grooming dan In shaa Allah yang akan datang, Cat Hotel bertaraf 5 bintang.

 

Khas buat mereka yang memerlukan bimbingan dalam penjagaan kucing, kami juga mengadakan seminar dan bengkel pada masa-masa tertentu, bagi memberi tunjuk ajar kepada pemilik kucing dalam kaedah penjagaan terbaik untuk kucing kesayangan mereka.

Ya! Saya mahu tips penjagaan kucing PERCUMA.

Terima kasih! Nantikan tips pertama daripada kami.

bottom of page